profile affiliates memories refresh follow

disclaimer
about
Hello I'm Aniece Ayna. Currently living in Earth. Stll and forever young.
bold italic strike underline


chatting
let's talking



Dear Diary
archived

  • TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by Anies
  • Giveaway 1.0 by ENA
  • Hallucination
  • Dream Journey
  • Friends Forever
  • Hafiz Hamidun @ SMAPL
  • Teenagers Nowadays
  • Wut EVA
  • Chinese New Year
  • Takda topic..Just wanna rite it


  • Nuffnang
    kaching



    Arigatou
    big clap
    Template & design was made by Adam Faiz.
    Editting by Aniece Ayna Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseobyfor the useful tuto and colourful backgrounds.Please,do not remove the credit.tQ



    Farazdaqerz 1315

    Friday, September 18, 2015 @ 5:04 AM | 1 Comment [s]

    \Assalamualaikum/

    Maaf sebab Aina dah lama tinggalkan blog kesayangan Aina ni ye..Kalian semua tahu kan yang Aina ni duduk asrama jadi memang tidaklah Aina nak menghapdet banyak-banyak post kann??? Hmm.. story apa ek Aina nak share dekat kalian..Ha! Jom Aina recall story pasal kelas Aina yang tersangatlah OhhSemm ni..Nama diberi Farazdaq tapi kami panggil Farazdaqerz..huhu, nama sesedap rasa ditukar ditambah menjadi caca wa marba..keke..

       Kelas Aina ni tak adalah nak segempak mana, biasa ja.Cuma ukhuwah atau persahabatan yang kami jalinkan selama hampir tiga tahun ni yang membuatkan kelas kami ni sangatlah OhhSemm! Gaduh-gaduh adalah perkara paling biasa dalam rencah hidup kami. Yang malas dan tak nak bertugas pun ada apatahlagi yang kuat terasa..Huish, jenuhlah nak memujuk mereka ni semua..Tapi bila kami bersatu, memang riuh0rendah la kelas gamaknya..Boleh bergegar floor.Hiperbola gitu eh? Tapi, ukhuwah ini terasa sesuatu yang hilang.Yes! Salah seorang ahli kami semakin menjauh pergi..Siapa kami di hati awak? Aina sering tertanya-tanya..Kenapa mesti berpecah mengikkut kumpulan masing-masing? Kenapa mesti menjauh dan merahsiakan sedangkan kita mengikat satu tali persahabatan bersama? Sejak tingkatan 1 lagi tuu bukannya sebulan atau sehari!! Tapi, semua orang ada pilihan masing-masing bukan? Siapa Aina untuk menghalang kalian? Andai Aina yang perlu tanggung sgala keperitan demi melihat kalian bersatu, Aina sanggup! Melankolik..heh..

       Aina nak ukhuwah ini berkekalan sampai bila-bila supaya tiada yang melupakan dan tiada yang dilupakan..Punyalah Aina sayang ukhuwah ni sampai kadang-kadang rasa nak nangis bila terkenang bahawa tahun depan dah tak sama kelas dengan kalian lagi dah..Kalian yang unik takkan mampu diganti oleh sesiapa pun..Kalian yang pelbagai ragam, terkadang buat Aina geram namun itulah yang melengkapkan setiap keceriaan dalam diri Aina..Tanpa kalian mana mungkin Aina boleh tersenyum lebar pada hari-hari yang mendatang? Kalian adalah anugerah Allah yang sangat istimewa dan punya tempat yang tersendiri dalam diri Aina..

       Aina cuma berharap agar kalian tidak melupakan Aina walaupun terkadang Aina buat kalian marah, geram dan yang seangkatan mak nenek dengannya..Sikap Aina mungkin sukar dijangka, mungkin terasa kurangajar, degil, nakal..tapi itulah ragam Aina..Aina tak sempurna sepertimana kalian juga tidak sempurna namun Aina cuba lakukan yang terbaik demi melihat senyuman yang mempesonakan menghiasi wajah kalian setiap hari. Aina cuba mengikut rentak kalian agar kalian gembira, dan Aina juga cuba ketepikan rasa hati kecil Aina kerana Aina ingin untuk terus bersama kalian selagi diizinkan..Maafkan Aina ya kawan-kawan? Aina mungkin bukan sahabat yang terbaik buat kalian tapi Aina akan ada dikala kalian susah dan bersama dikala kalian gembira..

       Aina sayang kalian kerana Allah!! Ukhuwah fillah abadan abada fil jannah




    FUTURE
    PAST