profile affiliates memories refresh follow

disclaimer
about
Hello I'm Aniece Ayna. Currently living in Earth. Stll and forever young.
bold italic strike underline


chatting
let's talking



Dear Diary
archived

  • Lawatan ke Putrajaya
  • The Story Of Us Part 2
  • Giveaway Duit Saku Dari BBL
  • Farazdaqerz 1315
  • TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by Anies
  • Giveaway 1.0 by ENA
  • Hallucination
  • Dream Journey
  • Friends Forever
  • Hafiz Hamidun @ SMAPL


  • Nuffnang
    kaching



    Arigatou
    big clap
    Template & design was made by Adam Faiz.
    Editting by Aniece Ayna Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseobyfor the useful tuto and colourful backgrounds.Please,do not remove the credit.tQ



    Jamuan Akhir Tahun

    Sunday, November 22, 2015 @ 5:37 PM | 0 Comment [s]

    \Assalamualaikum/

    Ehem..Sudah, tetiba Aina rasa tak tau macam mana nak mulakan ayat ni haa..Takpe, kita try, Bismillah..Okay, Insya Allah Aina nak kongsi sikit dengan kalian tentang kenangan manis Aina pada 15 November 2015.. 

      Okay, balik dari lawatan tu kan dah maghrib bagai-bagai kan..(Rujuk post sebelum ni), Lepas je isyak ada perjumpaan dengan batch pukul 10 malam, Aina pun bawaklah turun segala kelengkapan untuk jamuan pada esoknya ke Bilik Study kami yang sangatlah lawa tu..haha..acah..Lepas perjumpaan kami terus minta pelajar yang lain untuk kosongkan bilik tu..Tak kisahlah diorang bebal ke ape ke..Ade gue kesah? Kami nak guna untuk majlis penting, hangpa kalau setakat nak borak, tak payah laa.. 

       Maryam dah siap suruh Aina bawakkan bantal dan toto dia dah, Aina bet mesti kami berkampung dekat Bilik Study sampai pagi..haha..Maka, Aina pun on lah laptop TOSHIBA kesayangan ni dan Husna bukak Mac Book Air dia yang canggih tu..mwehehe,..Husna buatkan slide show dan of course-lah benda tu senang nak mampus..Dan semestinya Husna yang siap dulu..Yang lain tolong balut hadiah..Tulis note dan sambung buatlan Dream Catcher yang sepatutnya Aina buat tapi memandangkan Aina kena buat video maka terpaksalah Aina minta tolong mereka..hua hua hua..

      Malam tu memang kami bertungkus-lumus..Pada jam 3 pagi, semua dah terbongkang kecuali Aina, Zyrra dan Atifah (helper dari kelas 3 Battani)..Husna pun ikut bongkang sekali..Memang nampak lah perkampungan -nya itu..huhu..Pukul 4.30 pagi, Husna bangun dan tolong Zyrra dan sesekali tolong Aina..Aina memang tak tidur langsung sebab Aina nak buat video tu bagi jadi gempak..Adjust san, adjust sini bagi cun dan meletopss..haha...acah..

      Around pukul 5.30 pagi, Atifah mengangkat bendera putiih nya..Takpelah, dia dah tolong kelas kami kut..Bersyukurlah tatkala semua tidur dia bersama kami menyiapkan majlis kami yang havoc ni..haha..Okay, back to work yangtak habis-habis..Masa Husna bangun pukul 4.30 pagi tu,Aina dah siap buat video cuma tinggal nak cari lagu yang sesuai je nak bawak masuk dalam video tu..Dalam bilik study tu memang penuh la barang haram..Fathiyah (MPP a.k.a Pengawas) tengok je dengan pasrah sebab ada keperluan okay!! Aina pilih lagu smbil dengar guna beats sebab tak seronok bukak speaker, tak jelas sangat..

      Waktu Subuh tu, kami dah kejutkan semua orang untuksolat,Aina pun pergi solat lepastu datang balik ke Bilik Study yang dah macam sarang ape dah..bersepai kut! Aina buat final touch up dan edit-edit untuk kali yang keberapa entah sambil dibantu oleh Husna..hua hua..Around pukul 7 tu, kami pergi sarapan beramai-ramai..Memasing tak mandi lagi..Haha, tak sempat weyh..! 

      Lepas sarapan, sambung balik buat kerja..balut hadiah sampai habis bagai..Check video berkali-kali bagi perfect dan mantopp! Eceh..Pukul 9.30 semua dah siap pergi kelas, Aina masih di bilik study untuk final punya touch up..berapa kali final daa..Lepastu, Aina pun bersihkan diri dan turun kelas bersama yang lain..Masa dalam kelas pun duk edit lagi dan SAVE! Siap juga akhirnya walau ada sikit kecacatan yang Aina tak perasan..huhu..Dah habis hias kelas, putera pun ada yang datang sebab nak setup kan projector bagai..Okay, TRIMAS Putera!

      Majlis kami mula lepas Zuhur around pukul 2 seperti yang dirancang tapi mula pukul 3 sebab Ummi (guru kelas:Puan Rosita) beli Dominos Pizza..huhu..Terima Kasih Ummi! Mula-mula, macam biasalah ucapan KT, PKT dan guru kelas lepastu Perasmian Majlis (ala-ala) Then, baca doa dan makan..

      Haish, ni yang lemah kepala lutut den.Bab makan masa jamuan kelas ke ape ke, memang Aina malu nak mampus, tak tau apa masalahnya..huhu..Memang Aina tak makan langsung, minum cocktail je..tu pun puas ku cover bagi tak janggal..Yang lain tu Aina tolong diorang amikkan air dan sebagainya..Jadi waitress bentar..huhu..Tempat duduk Aina spesel sikit..Tang depan dan terasing sebab Aina jaga laptop gue..heh..

      Then, aktiviti 'Ask.Fm'..Tau ajelah macam mana kan nak main dia kan..Soal-meyoal lah jawabnya..Macam-macam lah diorang ni..mengarut gila!! haha..Ehem, sebelah kanan Aina ada Nasir dan Syafiq..Jadi, gelak kena beriman.ecewah ..huwaa..Diorang setting kan video diorang yang tak siap-siap lagi tu..Lepas aktiviti Ask.Fm barulah video zombie diorang tu..Lakonan waktu tengah malam jadi tak berapa nak nampak sangat laa...

      Okay, Aina tak ingat sangat tapi pastinya dah lepas waktu asar dan Ummi pun nak balik jadi kami tayangkan video puteri..And, hojyeah! Putera nganga kau.(acah je)..Tapi yang pasti ada yang puji laa..Pakcik sebelah Aina macam "okey, puteri lagi gempak dari putera"..Hua hua..good to see that..Bukan apa, kami kemain buat yang gempak sebab Pakcik Izham duk cakap dekat kami supaya buat yang gempak coz puteri ni selalu hambar..ewahh..Sedap eh kau mengata puteri!!

      Dah habis video main lagi..Perlawanan sapa makan maggi paling laju..Peserta dia..jeng jeng jeng,..Syafiq, Zamir, Husna dan Khalisa..dan yang kalah adalah Husna..hua hua..Gilakau..Mee tu dahlah kembang..Lawak gila tengok diorang usaha nak habiskan mee tu sebab yang kalah kena denda...Dendanya ialah pecahkan telur atas kepala dan letupkan belon atas kepala sambil didalamnya ada tepung..huhu...Baek ah Husna..

      Next main, cari gula dalam tepung..Peserta, Afif, Thaqif, Zikri, Zyrra dan Fatahiyah..Parah dah Aina tengok muka memasing..Tepung memenuhi muka memasing..Dan yang kalahnya ialah Zamir..ahaha..Oh lupa pula, kami ada anugerah untuk setiap pasangan dan Aina dan Anugerah Paling 'Pendiam'..esh..kuajaa kalian! haha...

      Habis je main Ummi pun balik siap tinggalkan pesanan penaja supaya tak sambung main lepas Ummi balik..Kemaskan  kelas sebab dah sepah dengan tepung..Elok je Ummi peri, POMM!! Aiman memulakan serangan tepung..Lepastu kedengaran sorakan dari Puteri pula..Last-last..semua main tepung..,tiada yang terkecuali..Habis laa satu badan kena tepung..mwehehe..

      Habis main tepung sampai dah bersepai-sepai kelas, kami kemas balik sampai pukul 6 ditemani beberapa jejaka acah tolong..ye, tolong buat jenaka, usik-mengusik..Kami halau balik..Habis kelas bau telur campur tepung..bwekk! Busuk ahh...Simbah habis satu kelas tu..6.30 barulah segalanya tamat..Aina penat sangat sebab seharian Aina tak tidur campur pening time jamuan..

      Syafiq siap tanya lagi sama ada Synflex (ubat migrain) yang dia beli haritu dah habis ke belum..Lepastu duk bebel dekat Aina apsal tak makan ubat lah..Macam mana nak makan meja pun tak tau letak mana..Ubat tu Aina letak bawah meja Aina..haish..

      Balik asrama, tukar baju bagai..baring kejap atas katil acah nak rehat sekejap..Ha, hamik kau..Sampai ke esok harinya baru Aina bangun..Maghrib dan Isyak memang dah miss habis dah tu..Haish!! Kena gantilah nampaknya..huhuhu..

      Okay, tak nak tambah perenggan dah sebab Aina rasa ni dah cukup panjang dan boleh jadi satu cerpen pendek yang membosankan kalian..haha..Maaflah, Aina tak reti nak buat ayat-ayat stylo macho acah cool dan sporting ni..Ni ayat Aina sendiri..Ada gue kesah lu tak suka? Tak suka tak yah baca..Ctrl+W je..Harap maklum..Byee kalian..!!! :D..Terima kasih sebab sudi baca walau tak seberapa sangat..



    Video jamuan Puteri amik disini yee.. Memory Of Farazdaqerz 1315
    Video Putera..Aina tak tau..Boleh bukak ke tidak..Aina pasrah je..






    FUTURE
    PAST