profile affiliates memories refresh follow

disclaimer
about
Hello I'm Aniece Ayna. Currently living in Earth. Stll and forever young.
bold italic strike underline


chatting
let's talking



Dear Diary
archived

  • N O T H I N G
  • Jamuan Akhir Tahun
  • Lawatan ke Putrajaya
  • The Story Of Us Part 2
  • Giveaway Duit Saku Dari BBL
  • Farazdaqerz 1315
  • TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by Anies
  • Giveaway 1.0 by ENA
  • Hallucination
  • Dream Journey


  • Nuffnang
    kaching



    Arigatou
    big clap
    Template & design was made by Adam Faiz.
    Editting by Aniece Ayna Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseobyfor the useful tuto and colourful backgrounds.Please,do not remove the credit.tQ



    P I N D A H

    Monday, November 23, 2015 @ 11:05 PM | 0 Comment [s]

    \Assalamualaikum/

    Ehem..Maaf, tiba-tiba sahaja mengambil topik ini sebagai tajuk untuk dibincangkan pada saat ini..ecewahh..

     Ok..ok..Aina serius balik..Pindah? Ini adalah viral yang sedang melanda batch Aina di mana batch yang diberi nama ITTIZAN 1317 hasil kerjasama antara 144 manusia yang ditakdirkan Allah menjadi ahli batch ini..

      Melalut pula..Okay, ramai sangat yang nak pindah sampai Aina sendiri tak tahu nak cakap apa.. antara salah satunya ialah..


     Haha..itu semuanya jawapan cliche..Ada juga yang cakap :

    "Aku tak nak batch semakin teruk disebabkan aku"

    Ok kawan-kawan semua yang sangat Aina sayang sampai ke lubuk hati..Apa gunanya kalian pindah? 

    Dah cukup ke masa 3 tahun untuk kalian mengenali diri ahli batch? 

    Bolehkan kalian jamin yang kalian akan ingat setiap nama kami dan rupa kami?

    Kami ni teruk sangat ke?

    Adakah kalian rasa kami ni tak cukup baik untuk bimbing kalian?

    Tarik kalian bersama kami dan berpimpinan masuk syurga?

    Aina tak marah cuma Aina terkilan sebab reaksi kalian seolah-olah kalian tak sayang kami..Seolah-olah kami ini tiada gunanya bagi kalian..

     Setiap masalah ada penyelesaian..Mari bersama-sama ITTIZAN ..Kita buat perubahan secara syumul..Perbaiki diri dan batch ni..

    Tak ingin ke kalian lihat 142 manusia ITTIZAN naik ke pentas ambil result SPM, menangis berama-ramai sebab terharu, tersenyum riang dan girang sebab semua dapat 11A+..Terpampang di dada khabar berama-ramai kerana membangunkan kembali legenda yang terkubur..

    Tak nak ke kalian rasa semua benda ni?

    Mungkin ada yang cakap..

    "Cakap senang la, kau budak pandai"

    "Aku tak yakin semua akan dapat 11A+ laa.."

    "Zaman dah berubah, SPM makin susah"

    Kenapa nak negatif sangat?

    Allah dah cakap , SETIAP KESULITAN ADA PENYELESAIAN!!

    Percaya pada Allah dah cukup..Usaha sehabis baik sebab Allah tak nilai kejayaan yang kalian dapat..
    Allah cuma nilai apa usaha kalian untuk capai kejayaan tu..

    So, please my dear friends that I love very much deep in my heart..

    Kalian mendapat tempat yan teristimewa di setiap lubuk hati ITTIZAN..
    Kalian menjadi permata di jiwa ibu bapa kalian

    Walaupun mereka kata mereka ikut keputusan kalian andai kalian nekad sangat dah nak pindah..

    Bear in your mind..Mereka nak sangat anak-anak mereka ni, berdiri atas pentas dengan seyuman pengubat hati dan memegang slip SPM penuh bangga sambil dipeluk di kiri dan kanan oleh mereka dan semua itu tempatnya di atas pentas Dewan Sri Bestari, SMAPL yang dahulunya pernah mengukir sejarah gemilang..

    Tak nak ke kalian tolong bukak kan mata-mata dunia yang memandang serong terhadap sekolah agama?

    Tak perlu ambil jauh sangat, TKC, STF, SEDAR, SASER..tu dah cukup memadai..
    Kalau selama ini mereka pandang sebelah mata je dekat kita, kali ni biar mereka buka mata seluas-luasnya melihat kejayaan kita..

    Ok lah..tu je yang Aina nak habaq mai kat hangpa..
    Aina tak hebat, ilmu Aina tak tinggi tapi Aina sayang kalian sangat-sangat..
    Ganbatte ne! :D



    >arch.angel<

    FUTURE
    PAST