profile affiliates memories refresh follow

disclaimer
about
Hello I'm Aniece Ayna. Currently living in Earth. Stll and forever young.
bold italic strike underline


chatting
let's talking



Dear Diary
archived

  • Mek Zumbie 2k18 Giveaway
  • There is ISLAM but there is no MUSLIM
  • DUCK GIVEAWAY BY NADIAIZZATYNIA
  • SPM FEVER GIVEAWAY!
  • S A K I T
  • T A K U T
  • HER's
  • Novel Giveaway by Arrien Amani
  • D I A G N O S T I K
  • S U K A I T U F I T R A H


  • Nuffnang
    kaching



    Arigatou
    big clap
    Template & design was made by Adam Faiz.
    Editting by Aniece Ayna Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseobyfor the useful tuto and colourful backgrounds.Please,do not remove the credit.tQ



    Meniti hari setelah 27. 11. 17

    Friday, January 19, 2018 @ 4:46 AM | 0 Comment [s]

    \Assalamualaikum/

    Bismillah.. lama Aina tinggalkan tempat ini tanpa sebarang berita...Aina bukan tak mahu berkongsi cuma kadangnya Aina tak tahu bagaimana mahu mulanya..

    Beginilah, Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2017 pun sudah tamat dilalui sehari demi sehari dengan jayanya.. Adat pertemuan pasti ada perpisahan bukan..Ya itu yang semua orang kata.. Tapi berkata dan merasai memang jauh langit dari kerak bumi.. Mudah bibir mengucap 'selamat tinggal' tapi hati dah berdendang melankolik tahap infiniti.. Tipulah kalau kalian kata tak sedih...Lagi-lagi waktu kita tengah peperiksaan semua pelajar dah balik..Lagi terasa bila duduk asrama.. Memang rasa sekolah tu untuk kita sahaja.

    Bermulalah pesta mencipta memori terindah tanpa gangguan dari para junior yang dikasihi dan disayangi..mwehehe.. Masa itulah wujudnya Riadhah terakhir walhal hanya berjalan keliling sekolah dengan kamera ditangan.. Apa lagi, memori tergambar la sudahnya...Wujud juga pengumpulan beramai-ramai di bilik ulangkaji atau bilik study mudahnya.. Bertukar cerita, bertungkus-lumus belajar, ambil giliran berjaga sebab tak semua orang boleh berjaga lewat dan tak semua orang boleh bangun awal nan subuh di pagi hari...Masa inilah perut tak reti nak diam, sibuk berkeroncong berkaraoke lagu tah apa-apa...

    Waktu ini jugalah dorm dalam keadaan yang paling tak tahu nak kata apa..Sidai baju sampai ke side sebelah..Kalau boleh ada port masing-masing..Tak perlu nak berebut lagi dengan ahli lain.. Memang rasa macam seronok je tapi tak lupa juga masing-masing dah macam panda dah..Macam robot pun ada jugak..Nampak kesungguhan terlakar pada diri masing-masing demi sebuah senyuman mekar melihat slip pada akhir perjuangan.. Rasa puas bila dah buat yang terbaik itu memang tak ada siapa boleh gambarkan.. Sebab tak mahu menyesal bila dah habis paper, rasa macam ada tak kena sebab tak buat betul-betul.. Perjuangan tanpa henti ini berlangsung selama hampir sebulan bagi kami yang mengambil 10 dan 11 subjek pilihan..

    Mula-mula memang la semua orang kencang je nak tunggu sampai semua habis exam baru balik..tak ada maknanya...yang habis awal tu memang terus balik dah..tapi masih lagi melawat, meneman kami yang masih berjuang.. Rasa kosong tak lengkap dewan bila ada barisan yang tiada...Rasa semangat dan macam-macam yang tak terukir bila bersama yang lain memenuhi dewan mengambil ujian.. Tak akan berulang dengan rasa yang sama keadaaan ini.. Oh Aina rindu, sungguh.

    Paling Aina ingat bila paper terakhir, iaitu kertas Kimia.. tamat jam 3 petang.. Habis je ucapan dari pengawas peperiksaan yang sungguh budiman dan sungguh kami berterima kasih... Maka terdengar laungan takbir dari Sang Ketua berwibawa dari awal tahun 2013 hingga 2017.. Serentak itu, barisan para perwira-perwira yang mantap berpusing menghadap kiblat, mengangkat takbir dan bersujud syukur di dalam dewan yang merakam setiap diri ini berjuang dan bertarung hingga ke akhirnya walaupun ada yang jatuh gering dipertengahan jalan.. Namun kami berjaya untuk mengakhirinya bersama-sama di dalam dewan peperiksaan dengan angka sifar di bilik kuarantin pada akhir kertas... Saat itu, sang perwirawati mengucap syukur ke hadrat Illahi di atas perjuangan ini, setenangnya di dalam sanubari..Kemudian? Kami menikmati sedikit juadah (Pizza Hut sebenarnya) dari pejuang-pejuang yang habis bertempur awal dari kami..Terima kasih untuk itu.. Dan terima kasih juga untuk dia yang mengirimkan sedikit hidangan khas untuk bertiga ini. Terima kasih sahabat.

    Maka, saat yang tidak dapat dielakkan sudah tiba tanpa belas tanpa terlewat walau sesaat.. Berpisah, mudah untuk berjalan tapi sukar hati menerima hakikat perit.. Setiap lambaian itu ada iringan sedu sebak dada ini.. Berpelukan tanpa pasti akan adakah saatnya untuk kita kembali bersatu... Ya saat itu yang entah bila entah sempat untuk kita lalui.. Di setiap kawasan sekolah diabadikan kenangan terindah walau hanya dengan sekeping gambar...Sekeping gambar yang mampu mengisahkan sebuah buku yang tidak dapat diciplak oleh sesiapa...Kerana setiap individu itu punya cerita sendiri yang terlakar walaupun sekeping foto yang sama..

    Hadir mereka penyeri hidup, tawa mereka ibarat lagu yang menjadi halwa, tangis mereka menjadi pelengkap kehidupan berwarna ini, nasihat mereka menjadi peringatan di jalan berjuang, kerenah mereka menjadi jenaka di kala sunyi, tingkah mereka menjadi memori hidup sepanjang hayat.. Kawan, mungkinnya kamu masih bisa ketawa riang di setiap hari selepas tanggal 27 November 2017 berlalu tapi aku tahu bahawasanya hati kamu masih berdendang pilu merindukan yang lain.. Kernanya kita masih lagi berhubung walaupun jaraknya jauh beribu batu..Masih lagi bercerita kisah seharian..Masih lagi berjenaka mengubat sunyi..Masih lagi bertegur sapa walaupun tidak selalu.Masih lagi berkongsi walaupun tidak di berdepan..Masih lagi menasihati tanpa jemu sesaat pun..

    Untuk kamu yang terpisah saat 2016 menjelma...masih lagi kau megingati kami..Masih lagi kau bercerita dengan kami.Masih lagi kau berkongsi dengan kami..Masih lagi kau memahat kami di hati kamu..Masih lagi kami yang diingati selalu..Masih lagi kami yang dirindui..Masih lagi kami yang menjadi peneman bersiar menghirup udara segar..Untuk itu, terima kasih kawan diatas jasa dan memori bersamamu walaupun sebentar cuma..

    Rindu itu pasti,
    Titipan doa juga mesti
       Moga harimu disinari
         Tanpa jemu sang mentari

    Berbekalkan memori
    Yang tercipta disini
       Pergilah engkau menerus misi
         Mengejar cita mencari destinasi

    Sekian,

    Aniece Ayna

    27 November 2017
    1600
    Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu 

    2013 - 2017

    Labels: , , , ,


    FUTURE
    PAST